Hai 2018!

Assalamualaikum...


Hai! Glad to see you guys again. Ya ya I know it's been a while since my last post. Saya tergerak hati untuk kembali menulis setelah di urged oleh seorang silent reader blog ini. Katanya rugi kenangan manis dibiar saja berlama-lama dalam ingatan tanpa dicoret kelak akan dilupa. Memandangkan terdapat beberapa perkara yang menggembirakan berlaku dalam bulan Februari ini, saya putuskan untuk berkongsinya di post pembukaan tahun 2018 ini. Here you go :)

1. Menghadiri temuduga di sekolah antarabangsa Kingsley

Saya selalu mengimpikan untuk mengajar di sekolah antarabangsa. Kita sedia maklum, sekolah antarabangsa menggunakan silibus luar negara seperti Cambridge, Australia, Kanada dan sebagainya. Meskipun penguasaan saya terhadap Bahasa Ingggeris tidak sehebat seperti bahasa ibunda, saya tidak berputus asa untuk mencuba. Maka Julai tahun lepas, saya memohon jawatan sebagai Primary Homeroom Teacher. Hari silih berganti, saya masih tidak mendapat sebarang maklumbalas sehingga ke hujung tahun 2017 . Saya sudah jangkakan permohonan tersebut pasti ditolak. Enam bulan kemudian yakni pada bulan ini, saya menerima panggilan dari HR untuk menghadiri temuduga pada Jumaat minggu lepas. I was so happy! Seperti kata pepatah, ibarat mendapat durian runtuh. Memandangkan peluang sebegini berlaku once in a blue moon, maka saya melakukan persediaan yang rapi. Hampir setiap hari, saya bertanya kepada rakan-rakan yang telah bekerja tip untuk menjawab soalan penemuduga, cara menyusun sijil, jenis dan warna baju yang sesuai, pemilihan kasut dan sebagainya. Dalam fikiran, terbayang-bayang temuduga yang bakal dihadapi sama seperti di sektor kerajaan di mana terdapat beberapa orang penemuduga yang duduk di hadapan dan bertanya soalan. Sangkaan tersebut ternyata meleset. Apa yang boleh dikatakan ia seolah perbualan di antara pekerja senior dan junior. Lebih bersifat santai dan jauh dari formaliti. Maklum saja ini pengalaman pertama saya menghadiri temuduga berbahasa Inggeris. Risau benar andai terpacul jawapan yang tidak sepatutnya dari mulut. Meskipun tidak berjaya dalam temuduga tersebut, ia tetap menjadi pengalaman manis saya memberanikan diri untuk keluar dari zon selesa.

2. Majlis merisik adik berjalan lancar

Adik kedua saya dan pasangannya telah berkenalan hampir enam tahun lamanya. Mengikut perancangan, majlis ini sepatutnya telah berlangsung beberapa tahun yang lepas namun ditunda. Saya percaya perancangan Allah itu lebih baik dari segalanya. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar semalam. Mereka berdua bakal mengikat tali pertunangan pada hari raya kedua seterusnya diijabkabulkan pada hujung tahun ini atau tahun hadapan. Ini merupakan pengalaman kedua keluarga saya menerima ahli baru. Sebelum ini adik lelaki saya telah berkahwin dengan isterinya pada Mac tahun lalu. Perasaan kali ini bercampur baur. Barangkali dek kali ini adik perempuan yang bakal mendirikan rumahtangga. Suasana selepas ini sudah pasti tidak akan sama seperti masih bujang. Meskipun begitu, I'm so excited to be her wedding planner nanti.

3. Rakan saya memperoleh penggilan temuduga


Dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil ini, tidak membenarkan kita untuk memilih bulu bekerja dalam bidang sendiri saja sebaliknya peluang sesuai yang datang perlu di grab. Justeru, saya tumpang gembira bila mana mendengar rakan-rakan saya ini dipanggil temuduga. Sekurangnya wujud harapan untuk menambah baik kehidupan lebih-lebih lagi masing-masing sudah melepasi pertengahan usia 20-an dan komitmen semakin bertambah. Didoakan kalian yang mengalami situasi sama dipermudahkan urusan memperoleh pekerjaan yang dekat dengan minat dan jiwa, amin. 

Phewww, finally I manage to spend some time untuk menulis dan berkongsi dengan kalian. Doakan saya beroleh pekerjaan baru soon, menamatkan pengajian dengan jayanya, bertemu jodoh yang baik, eh? Gurau jeee ;)

Fikir yang baik-baik kelak yang baik akan mendekati kita. Sampai ketemu lagi dalam post berikutnya.


Salam hari ke-38 thun baru.





No comments

Powered by Blogger.