Personal
Ratu Syahadah mengingatkan saya kepada zaman kegemilangan industri nasyid
Itu hari datang mood rakan sebilik hendak mendengar nasyid. Lagu pertama yang dipilih ialah Ratu Syahadah.
.
Saya yang mendengar sama terikut menyanyi sekali. Rupanya saya masih lagi ingat bait-bait lagu tersebut. Sangka saya sudah lupa berikutan sudah lama tidak melayan nasyid. Teringat semasa di sekolah dulu, pelajar-pelajar di yang tinggal di asrama cenderung memilih nasyid sebagai siulan harian sebagaimana generasi sekarang memilih lagu Akim and The Majistret.
.
Setiap kali adanya pertandingan nasyid, setiap kumpulan akan sedaya upaya memilih lagu-lagu baru yang tidak pernah lagi didendangkan bagi menarik perhatian penonton. Kebiasaannya, lagu-lagu yang lain dari yang lain lebih diingati orang. Tidak cukup dengan itu, ada juga yang meminjam buku lagu dari rakan lain demi memastikan 'up to date' dengan nasyid-nasyid yang sedang 'in' pada masa itu.
.
Semasa karnival GERKORAMA (karnival antara asrama) pula, dewan berlangsungnya nasyid itulah yang menjadi tumpuan. Berebut-rebut pelajar mendapatkan tempat sehingga ada yang sanggup berdiri di luar. Lagi-lagi sekolah yang popular dengan lagu menarik seperti SMK Seri Perak lagilah ditunggu-tunggu orang.
.
Demikianlah pengaruh nasyid suatu masa dahulu. Hari ini, jika dilihat, nasyid hanya berkumandang di radio (selain Ikim) sebelum atau selepas azan. Sudah tidak seperti dulu.
.
Nama-nama seperti kumpulan Raihan, Rabbani, UNIC, In-Team mungkin sudah tidak diketahui anak-anak kecil. Pernah saya mengajar anak-anak asuhan emak nama 25 rasul dinyanyikan dalam versi Raihan. Begitu bersemangat mereka menyanyi bersama. Saya kira itulah pertama kali mereka mendengar nasyid tersebut. .
.
Walau saya juga melayan lagu moden, tetapi nasyid tetap ada dalam muzik simpanan kerna membawa sama kenangan semasa belajar dahulu. Bila mana saya sedang sedih, rakan sebilik dulu akan memberi link nasyid yang kena sekali dengan situasi masa itu. See, mana mungkin nasyid tidak dekat di hati saya!
.
Ya, saya akui saya rindukan zaman kegemilangan nasyid!
Fiqah Nur,
Sedang mendengar lagu NurOne ni

No comments