Ini sebabnya mengapa pemain ragbi lebih setia berbanding pemain bola sepak

Kelas hari tu kurang pelajarnya dek cuti Tahun Baru Cina selama seminggu. Tetapi, kurang pelajar bukan bererti kurang ragamnya. Ragam tetap pelbagai.

Hari itu, saya meminta mereka menyiapkan latihan graph fungsi. Seperti biasa, sambil membuat latihan, akan ada sesi perbualan.

Salah seorang daripada mereka bertanya, 

"Cikgu, apa beza bola sepak dengan ragbi?"

Mudah saya jawab, 

"Obviously bola sepak bolanya bulat, bola ragbi bujur."

"Betul tu tapi kurang tepat."

"Apa jawapan yang tepat?" 

"Jawapannya, pemain ragbi setia berbanding bola sepak. Depa akan sentiasa memeluk bola ibarat membawa cinta mereka ke mana-mana. Pemain bola pula sentiasa menyepak-nyepak bola umpama tidak menghargai cinta."

"Banyaklah korang punya cinta!" Padahal soalan ditanya beza bola sepak & ragbi bukan pemainnya.

Bukan main lagi mereka beranalogi. Maka saya pun bertanya,

"Sudah siap ke graf?"

"Tak nampaklah petak kertas graf ni cikgu. Kecik sangat. Susah nak lukis."

Seperti yang dijangka. Ada sahaja alasan mereka.

No comments

Powered by Blogger.