Ceritera Cikgumu
Falsafah cinta menurut Plato
Itu hari saya ditanya sebegini oleh Khairul pada minit terakhir sebelum kelas tamat,
"Cikgu minat Kpop tak?"
"Muzik tak tapi drama tu layanlah juga."
"Oh, jangan jadi macam dorang ni cikgu (baca:pelajar perempuan) suka sangat dengan lelaki Korea."
"Awak takut depa tak minat awak ke?" Saya terus menyerkap jarang.
Balasan saya itu mendapat perhatian rakan-rakannya yang lain. Riuh rendah mereka "membahan" Khairul.
"Let me give you free advise." Kasihan pula saya melihat dia digelakkan oleh rakannya yang lain.
Khairul bertukar kedudukan berhadapan dengan saya dan menunggu saya memulakan bicara. Sambil itu mereka yang lain turut menyampuk,
"Cikgu cakaplah kuat sikit, nak dengar juga."
Jenuh saya memikirkan ayat sesuai dengan peringkat usia mereka.
"Usah risau, jadikan diri awak lelaki yang berpengetahuan and be a gentleman. Berpengetahuan tu tak semestinya kena masuk u. Ilmu jenis 'informal' juga dikira ilmu. Kita tidak tahu semua benda kan? Gentleman tu pula banyak aspek tau bukannya hat bagi ayat-ayat manis buat perempuan cair. Yang dok tayang dalam drama Melayu ke Korea ke, tu semua lelaki yang terlalu ideal malah bertentangan dengan yang sebenarnya dalam realiti."
Panjang lebar nasihat saya beri, Khairul bertanya lagi,
"Cikgu, kenapa makwe saya kan, dia selalu tak boleh terima bila saya bergurau kasar dengan dia?"
Sudah, jadi doktor cinta pula saya malam itu! Saya balas kepadanya,
"Perempuan ni hati dia lembut. Maka, bila seseorang yang dia sayang bergurau kasar sama macam dengan kawan-kawan, dia terasa seolah dipersendakan."
"Oh patutlah pun."
Lalu saya teringatkan pembacaan saya dalam buku Kisah 25 Filsuf Barat, idea yang ditonjolkan oleh Plato perihal mencari pasangan hidup,
"Cinta sebenar ialah kekaguman. Ia bermaksud dia yang kita pilih sebagai pasangan mempunyai kualiti yang tidak kita ada. Dengan mendekatinya, sedikit sebanyak akan menyerap manfaat dari kualiti yang dia punya. Namun, usah dihalang kebebasannya, kelak dia tidak akan memanisfestasikan kualiti yang ada. Jadi orang yang sesuai dengan kita adalah mereka yang dapat membangunkan potensi yang kita punya kepada tahap yang lebih baik."
Agaknya kalau saya katakan begini kepada pelajar saya, jenuhlah deme nak menghadamnya. Kalian, kelak tiba masa yang sesuai, kalian akan mengerti juga akan hakikat ini. Elakkan terikut-ikut, orang bercinta kita juga hendak bercinta.
Fiqah Nur,
cikgu cuba berfalsafah

No comments