Ceritera Cikgumu
Dah besar nanti nak jadi apa?
Semalam berkesempatan bertanyakan cita-cita setiap pelajar dalam kumpulan 3. Masing-masing bersemangat untuk bercerita. Tidak terlayankan pada mulanya.
Ada yang bercita-cita hendak menjadi peguam, juruterbang, pelukis, chef, jurutera kapal terbang, tak kurang juga ada yang hendak bergelar pemain bola professional. Bila ditanyakan kelab mana yang ingin diwakili kelak, jawabnya, Kelantan.
Ternyata cita-cita pelajar sekarang agak sofistikated berbanding pelajar dahulu yang rata-ratanya memilih doktor, guru, polis, bomba, pramugari, pelakon dan sebagainya.
Tidak mengapa,izinkan mereka mempunyai mimpi kerna mimpi itu kunci untuk mengejar impian.
sebelum mereka benar-benar mengerti realiti pendidikan kini.
Kemudian ada yang bertanya cita-cita saya pula,
Saya membalas,
"Cikgu."
Nampaknya saya masih lagi terpengaruh dengan cita-cita yang diisi pada kad 001.

No comments