Sains
Tak takut ke tidur dekat makmal tu?
Saya sering menerima respon begini setiap kali "overnight" di makmal.
"Tak takut ke tidur sana?"
"Asyik overnight je, tak ada life lah kau ni."
"Overnight? Wow!"
Mahukah kalian saya ceritakan sesuatu?
Sebagaimana ibu yang baru melahirkan berperang dengan jam biologi diri demi memahami si anak, demikianlah kami yang "menjaga" mikroorganisma ini. Tidur entah ke mana demi si "anak".
.
Mereka juga sama seperti bayi. Punya waktu aktif serta sensitif pada keperluan nutrisi. Bayi yang menangis menunjukkan ketidakselesaan atau kekurangan sesuatu tapi tidak bagi hidupan ini. Mereka lebih selesa mogok tidak tumbuh-tumbuh atas media sana. Terpaksalah kami lagak seperti doktor, menilai semula 'history' dari A hingga ke Z.
.
Maka, jangan hairan jika melihat kami tersenyum bila mana,
1. Bakteria tumbuh dengan baiknya atas media
2. Band DNA jelas kelihatan di atas agar agarose
3. Indikasi yang bertukar warna kuning bila mengesan kehadiran glukos
4. Dan yang paling utama, tiada kontaminasi(tercemar) dengan bakteria yang lain
.
Corak kerja yang memerlukan peletakan harapan pada hidupan seni ini, menjadikan kami begitu menghargai waima sekecil perubahan kerana perubahan mereka begitu bernilai dan mampu membawa kami hingga ke pentas antarabangsa.
.
Dek itulah, duduk berjam-jam lama di makmal bagai tidak terasa. Setiap hari, setiap masa menyajikan pengalaman yang berbeza.
.
Dan tidaklah Tuhan jadikan ciptaannya hatta sekecil zarah itu sia-sia, melainkan ada kebaikannya kepada manusia.
Fiqah Nur

No comments