Pernahkah anda mencuba makanan Korea?

Assalamualaikum.


Setiap kali menonton drama Korea, saya perasan emak-emak mereka sesekali pasti akan menyediakan hidangan yang berasaskan mee. Sehinggalah suatu hari saya tahu mee tersebut ialah Japchae. Lama saya menyimpan hasrat untuk mencubanya, akhirnya semalam saya dan housemate berkunjung ke Hanbing Korean Dessert di IOI City Mall, demi memenuhi hasrat yang satu ini.


Secara jujur, saya tidak pernah berani untuk mencuba makanan Korea jika bersendirian kerana tidak biasa akan nama makanannya serta rasa. Mujurlah, kedua-dua housemate saya ini meminati makanan Korea. Merekalah yang memberi cadangan untuk mencuba Japchae ini. Kami memilih set yang mengandungi Bibimbap, Spicy Chicken dan Bingsoo serta ditambah kemudiannya Japchae dan Kimchi Pancake.


Rata-rata makanan Korea memang tidak akan lari dari sayur-sayuran, rumpai laut dan kimchi. Oleh sebab itulah, mereka tetap kelihatan muda meski sudah dimamah usia (selain pembedahan plastik). Jarang sekali saya lihat masakan mereka mengandungi minyak yang banyak seperti masakan di Malaysia. Malah, daging juga hanya dijamah sesekali. Sebelum ini, saya pernah mencuba Bibimbap di Namoo Grey (juga di IOI City Mall) tetapi Bibimbap di Hanbing lebih menepati cita rasa saya. deria rasa orang Malaysia. 


Bukan saja Japchae yang ingin saya cuba, malah Pat Bingsoo! Apa pula Pat Bingsoo ni ya?
Pat Bingsoo ialah sejenis shaved ice  yang bertekstur seperti ais krim. Di Hanbing, terdapat beberapa perisa dijual seperti Oreo, Red Bean, Blueberry dan Green Tea. Atas cadangan housemate yang pernah mencuba Bingsoo ini, maka kami memilih Mango Bingsoo.


Sudah namanya makanan Korea pasti teh juga tidak dilupakan. Surprisingly, tekak saya boleh menerima rasa teh yang dihidangkan tanpa gula itu. Rasanya seperti mint green tea tapi saya kurang pasti sama ada benar green tea atau teh biasa.


Harga bergantung pada set yang dipilih. Semakin murah harga, semakin kecil saiz Bingsoo nya. He he he. Bergantunglah pada kalian hendak memilih yang mana. Oh ya, tidak lupa kalian juga boleh mencuba Kimbap (baca:Sushi) jika tidak mahu hidangan berasaskan nasi atau mee.


Itu saja dari saya, jom layan gambar di bawah!



Close up Japchae daging. Japchae ialah sejenis glass mee yang dicampur dengan kicap soya serta sayuran seperti lada benggala, lobak merah, sengkuang, daun bawang dan cendawan Shitakae. Teksturnya seperti soo hoon tetapi lebih tebal.

Bibimbap. Nasi yang digaul bersama telur, daging (boleh juga memilih ayam), sayuran, rumpai laut kering, cendawan Shitakae serta sos.

Spicy chicken yang dicampur bersama Toppoki (teksturnya seperti kuey tiow)

Kimchi Pancake. 


Lastlyyy, Pat Bingsoo.




Fiqah Nur,
Alhamdulillah

No comments

Powered by Blogger.