Ceritera Cikgumu
Irsyad, si anak pemalu
"Irsyad, kenapa tak buat latihan tu?"
Dia tersenyum manis. Sosok tubuhnya yang kecil buatkan saya kurang percaya mulanya dia pelajar tingkatan tiga.
Sambil melihat rakannya yang lain sedang rancak berbincang menyelesaikan latihan yang diberi, saya melirik kepadanya, perilakunya tetap sama seperti tadi.
Langsung saya ke meja Irsyad.
"Kenapa Irsyad tak buat lagi latihan ni?"
Dia masih memberikan respon yang sama. Senyum.
"Irsyad tak tahu macam mana nak selesaikan ke?"
Lama, barulah saya mendengar balasan darinya,
"Saya lambat sikit subjek Matematik ni cikgu."
Sudah saya jangkakan jawapannya itu.
"Lah, kenapa tak tanya cikgu?"
Terus saya capai pensil mekanikal di tangannya. Tajuk malam itu pula berkisar tentang poligon. Menurut Irsyad, dia sukar untuk mengingati formula dan cara pengiraannya meski sudah saya tuliskan nota di hadapan. Sambil itu, saya bertanya,
"Matematik selalu dapat gred apa?"
Sambil menulis jalan kerja, dia menjawab,
"C."
Irsyad bukanlah terlalu lemah cuma dia perlukan bimbingan cara pengunaan formula dan pemahaman teori yang betul. Jika tidak, masakan tanpa kalkulator, dia masih mampu untuk mencongak.
Teringat semasa di bangku sekolah dulu, Irsyad adalah refleksi saya. Saya juga mengambil masa yang lama untuk benar-benar memahami subjek ini. Namun berkat doa dan tunjuk ajar guru yang tidak pernah berputus asa membimbing, saya berjaya meloloskan diri dari "kegelapan" lalu memperoleh A semasa PMR juga SPM.
"Cuba Irsyad selesaikan soalan yang ni pula."
Langkah demi langkah ditulis dengan berhati-hati sehinggalah akhirnya dia memperoleh jawapan.
"Betul tak jawapan ni cikgu?"
Saya mengangguk.
"Oh senang je rupanya." Barulah saya melihat wajahnya girang. Beza benar dengan awal-awal tadi.
.
Sambil itu, hati kecil bermonolog,
'Bagaimana kiranya nasib saya andai semua guru Matematik mengalah mengajar saya dahulu?'
Saya kira Allah bukan saja-saja meletakkan saya di posisi yang sekarang melainkan menyusul pula tanggungjawab saya untuk membantu mereka kerana sebaik-baik manusia, adalah mereka yang memberi manfaat kepada yang lain.
Moga Allah ampunkan dosa serta merahmati guru-guru yang pernah mengajar saya dahulu sama ada yang masih hidup mahupun yang telah pergi. Izinkan saya meminjam semangat kalian untuk membantu anak-anak di luar sana.
Fiqah Nur,
moga berkekalanlah momentum hendaknya

No comments