Assalamualaikum.
Setahun yang lepas, semasa menghadiri uji bakat pengacara TV Al Hijrah, panel bertanyakan apakah hobi saya pada masa lapang? Saya yang sudah bersedia dengan jawapan menjawab,
"Membaca dan menulis."
Lalu seorang panel menyampuk,
"Ni mesti ada blog kan?"
"Tak ada. Saya tulis di Facebook je." (walaupun sebenarnya pada masa itu entah beberapa kali je saya menulis)
Keputusan uji bakat sudah saya jangka. Saya gagal mendapat tempat. Tetapi ada sesuatu yang selalu bermain di fikiran, kenapa tidak saya serius dengan hobi yang pernah saya katakan?
Bertitik tolakkan itulah rutin harian saya berubah. Saya beranikan diri untuk berkongsi kisah-kisah inspirasi atau perkara-perkara kecil yang berlaku di sekeliling. Hasilnya, terciptalah #CeriteraCikgumu. Kompilasi kisah bersama pelajar-pelajar saya di tempat tuisyen.
Namun, dek sibuk dengan labwork juga persiapan pelajar-pelajar SPM tahun lepas, ada masanya saya tidak mampu hendak berkongsi apa-apa dan peramkan saja cerita tersebut.
Selepas pulang dari utara ini, saya kira rugi jika tidak berkongsikan nilai-nilai yang diperoleh selama di sana. Oleh yang demikian, saya ciptakan hashtag baru untuk tujuan itu, #23harimencintaimu.
Tahun ini juga, saya merangka untuk berkongsi pengalaman pahit manis kami (baca:rakan-rakan) yang setiap hari 'bermain' dengan benda bukan hidup dan mikroorganisma di makmal. Semua itu masih dalam perancangan, insyaAllah.
Doakan usaha ini istiqamah dan dipermudahkan. Semoga 2017 ini lebih bersinar berbanding sebelumnya.
p/s: Follow saya di Facebook Nur Afiqah Hunain.
Yours truly.


No comments