23harimencintaimu
Apa erti kebahagiaan menurut kalian?
Dari jauh saya lihat sepasang suami isteri menghampiri meja saya.
"Assalamualaikum pakcik. Boleh saya dapatkan ic?"
Demikianlah skrip wajib untuk kami enumerator setiap kali sebelum menemubual responden.
"Pakcik penerima bantuan apa ya? Masih terima ke sampai sekarang?" sambil tu saya mencari namanya dalam senarai yang diberi.
Ah, jumpa pun. Kamarulzaman bin Akhir (bukan nama sebenar). Bantuan Am.
Saya mulakan temu bual dengan bertanyakan tahap kesihatannya sekarang, latar belakang isirumah dan sebagainya. Meski penerima bantuan adalah si suami, namun yang menjawab soalan adalah si isteri dek suami yang kurang jelas pendengarannya. Si suami yang menghidapi penyakit jantung, darah tingggi dan diabetes menyukarkan pergerakan hariannya apatah lagi mahu bekerja. Maka, pendapatan utama hanya bergantung pada bantuan yang diberikan oleh JKM.
"Dalam tempoh setahun yang lepas, ada pernah kurang makan, terpaksa ikat perut atau makanan habis sebelum duit bantuan masuk tak? Cukup ke RM200 tu untuk beli keperluan asas?"
Wajah si isteri mulai redup.
"Kami ni dah biasa susah dik. Makan tu kala perlu je. Tak adalah tiga kali sehari. Beli makanan pun mana yang penting je. Tak mampu nak makan macam-macam."
Perasaan saya masa tu bercampur baur. Saya lihat mata si isteri juga sudah mulai berkaca.
"Penerimaan anak macam mana cik?"
"Biasalah anak muda dik. Ada masa bila kita kata tak mampu nak beli apa yang dia mahu, mulalah merajuk."
"Makcik ada buat kerja sampingan ke untuk tambah pendapatan?" saya menyoal lagi.
"Adalah sikit ambil upah buat kuih. Pak cik kau ni dik dalam rumah pun kadang pitam. Jadi mak cik tak boleh nak kerja jauh-jauh kena selalu tengok-tengokkan dia. Dia selalu juga masuk hospital. Bila dekat hospital, dia tak boleh nak telan makanan hospital, terpaksalah makcik bawak makanan dari rumah. Ada pernah tu, kami tak ada duit langsung dik. Makcik doa dan tawakal biarlah ada rezeki hari tu. Tup tup ada orang sedekah sepuluh dua. Alhamdulillah, jadilah nak buat makan hari tu."
Saya tatap tepat mata si isteri. Kali ni saya tewas dengan perasaan sendiri. Air mata sudah mula bergenang. Beliau juga sama. Sudah mengesat air mata mengguna hujung bajunya.
Hati kecil bermonolog sendiri,
'Bagaimana mereka mampu bertahan dengan hanya RM200 sebulan sedangkan masih ada anak yang sedang bersekolah.'
"Ada pernah meminta bantuan dari saudara-mara setiap kali duit habis?"
Dengan tenang si isteri menjawab,
"Tak pernah dik. Prinsip makcik biar susah, hendak meminta-minta itu tidak sekali. Bukan semua orang hendak menolong dik. Mengata lagi adalah. Makcik percaya selagi masih hidup rezeki itu ada. Cuma Allah beri cepat atau lambat saja."
Runtun hati mendengar kata-katanya itu. Meski diuji kesusahan sebegitu, tahap kebergantungannya kepada Allah tidak goyah. Malah sentiasa bersyukur hatta sekecil-kecil pemberian.
"Terima kasih ya makcik, pakcik sudi meluangkan masa untuk temu bual hari ni."
Saya hulurkan token penghargaan dan menghantar mereka keluar hinggalah hilang dari pandangan. Usai itu, cepat-cepat saya berlalu ke tandas lalu berjurai air mata yang ditahan sejak tadi.
Petang itu, Tuhan "hadiahkan" saya sesuatu. Kasih sayang seorang isteri tetap utuh meski suaminya kini tidak lagi mampu mencari mata pencarian seperti sebelum ini. Kedua mereka tidak pernah menyalahkan takdir malah sentiasa meletakkan sebenar pengharapan kepada Tuhan kerana yakin Dia tidak akan pernah mengecewakan.
Pakcik dan makcik. Semoga berlipat gandalah rezeki kalian pada masa akan datang. Amin.
Apa erti kebahagiaan menurut kalian?
Fiqah Nur,
reflek diri

No comments