Saya orang Teluk Intan, awak orang mana?

Beberapa tahun kebelakang, bila saya memperkenalkan latar belakang saya yang berasal dari Teluk Intan, selalu saja saya menerima respon sebegini,

"Dekat mana tu? Tak pernah dengar pun."

Sejak itu saya hanya menyatakan berasal dari Perak. Jika ada yang bertanya Perak dekat mana, barulah saya membalas,

"Teluk Intan, tahu ke? Dekat dengan Ipoh."

Rata-rata mereka lebih mengenali Ipoh berbanding Teluk Intan. Mungkin kerana Ipoh yang merupakan ibu negeri Perak. Kalau tidak tahu, nampak benarlah tidak 'pass' Geografi.

Namun, situasi tidak lagi sama seperti sebelum ini. Ke mana saja saya pergi, ada saja orang Teluk Intan yang saya temui termasuklah dalam kalangan pelajar-pelajar saya sendiri. Malah kampung mereka itu pula hampir saja dengan rumah saya di hospital.
.
Gembiranya sama seperti orang Malaysia yang bertemu sesama mereka di luar negara.
.
Bukan apa, bila bertemu orang senegeri ni, senanglah nak bersoreh loghat sendiri.
.
Bila duduk di Kuala Lumpur ni,
.
deme jadi mereka
kome jadi awak
mengkome jadi korang semua
ayor jadi air
kelaih jadi kelas
panaih jadi panas
sampei jadi sampai
dan sebagainya.
Kadang-kadang nak juga cakap sebegini,
"Kome ni idok ke nak makan? Awok dah lapor bebeno ni. Ajenye ye kome ni pun."
(Korang tak nak makan ke? Saya dah lapar sangat ni.)
"Apekehainye begik benor mengkome ni?"
(Kenapa degil sangat kamu semua ni)

Oh ya, lain daerah lain loghatnya ye mengkome. Jangan ingat semua sama saja seperti dalam Zombie Kampung Pisang tu. Itu loghat orang Kuale Kangsor. 

Siapa sini orang Teluk Intan? Sep sikit!
.
Fiqah Nur,
loghat bertukar mengikut negeri bermastautin
Like
Comment

No comments

Powered by Blogger.