Hiking
Pendaki amatur Bukit Saga
Rutin lain sebagai orang bujang selain daripada balik kampung adalah keluar bersama rakan-rakan. Jika semalam saya bersama-sama rakan-rakan kolej meraikan perkahwinan rakan kolej kami semasa degree dahulu, hari ini saya mendaki bersama rakan SEMARAK . Lokasi yang kami pilih dekat sahaja, iaitu Bukit Saga Ampang.
.
Bukit Saga mempunyai ketinggian 410 meter dan terletak di antara Ampang dan Cheras. Bukit ini juga merupakan sebahagian daripada kawasan Hutan Simpan Hulu Langat. Kami menuju ke sana menggunakan laluan MRR2. Boleh juga menggunakan laluan ke Hulu Langat. Untuk waze, sila taip Taman Saga Ampang dan anda akan dibawa melalui laluan Taman Saga (ada tiga laluan lain lagi untuk ke Bukit Saga). Ya, bukit tersebut terletak dalam kawasan taman perumahan.
.
Untuk kenderaan, boleh parkirkan sahaja di sepanjang jalan berdekatan dengan Rumah Pangsa Saga. Kami memulakan pendakian pada pukul 8.30 pagi dan perlu berjalan melalui laluan yang dipenuhi dengan kontena lama dan traktor sebelum menuju ke trek A dan C. Kami memilih trek C untuk mendaki manakala trek A untuk turun. Mengikut pembacaan rakan saya, trek A lebih pendek tetapi curam manakala trek C panjang tetapi santai.
.
Untuk pendaki amatur seperti kami mengambil masa selama 1 jam 15 minit untuk tiba ke puncak(dicampur dengan rehat) dan 40 minit untuk turun semula(juga dicampur dengan rehat). Masa yang diambil untuk tiba ke puncak mungkin berbeza mengikut tahap kecergasan anda.
.
Di bawah, saya senaraikan beberapa perkara yang perlu diketahui oleh mereka yang berhasrat untuk mendaki bukit ini.
.
1) Meski hanya berketinggian 410 meter, tetapi trek bukit ini tidak sama seperti Broga. Ia hanya landai di jalan masuk, seterusnya akan semakin tinggi dan tinggi.
.
2) Kebanyakkan pendaki lain menggunakan “trekking pole” (tongkat mendaki) untuk menahan badan sendiri semasa mendaki.
.
3) "Trekking pole" ada dijual di jalan masuk oleh penjual nasi lemak. Harga RM 20 dan RM 25. Saya kurang pasti perbezaan trekking pole pada kedua-dua harga tersebut.
.
4) Terdapat 4 checkpoint yang perlu anda lalui sepanjang trek.
.
5) Landmark bagi checkpoint pertama ialah kuil cina. Pada masa ini, trek akan terbahagi kepada dua. Ke kiri adalah trek C manakala ke kanan trek A.
.
6) Di kedua-dua checkpoint 2 dan 3 terdapat pondok untuk berehat sebentar sebelum meneruskan pendakian.
.
7) Mengikut pengalaman pendaki lain, trek C dikatakan trek yang paling santai. Santai yang dimaksudkan di sini adalah, terdapat tangga yang dibina menggunakan akar kayu dan papan untuk memudahkan pendakian tidak seperti di trek A di mana pendaki perlu memanjat batu-batu menggunakan tali.
.
8) Tangga yang dibina di trek C pula BUKAN seperti tangga di rumah di mana jarak antaranya dekat. Bermula di checkpoint 2, ketinggian semakin mencanak.
.
9) Tiba di checkpoint 4, sekali lagi trek dibahagi kepada dua, iaitu ke kiri menuju ke air terjun dan ke kanan menuju ke puncak bukit. Jarak dari checkpoint 4 ke puncak bukit hanya mengambil masa kira-kira 5 minit.
.
10) Elakkan membawa beg yang berat kelak anda menyesal kemudian.
.
11) Di sepanjang pendakian, anda akan di sapa “hello!” dan “good morning!” oleh pendaki yang menuruni bukit.
.
12) Berhati-berhati kerana sesetengah pendaki turut sama membawa anjing mereka mendaki (baca:anak anjing).
.
13) Sila pakai kasut yang selesa.
.
14) Patuhi arahan yang ditetapkan.
Okay, jom layan gambar di bawah

No comments