Personal
The Vocket sebagai medium pertama saya menulis secara serius
Assalamualaikum, hai!
Seperti yang tertera di biodata ringkas saya, saya baru saja serius menulis walaupun minat itu sudah lama ada. Saya sering terfikir-fikir, adakah orang yang ingin membaca tulisan saya? Tidak terlalu overrated ke?
Saya cuba melawan ketakutan itu dengan menghantar artikel pertama ke The Vocket. Sekadar mencuba nasib. Dan hasilnya, artikel saya diterima oleh editor! Saya sertakan link seperti di bawah,
Artikel ini ditulis secara on the spot semasa menerima perkhabaran guru Matematik Tambahan saya semasa di maktab dahulu meninggal dunia. Dalam artikel ini, saya banyak menyentuh bagaimana seorang guru yang meletakkan kepercayaan dan keyakinan terhadap pelajarnya yang lemah dalam Matematik Tambahan sehingga akhirnya pelajar-pelajarnya berjaya memperoleh A dalam subjek tersebut.
Tidak puas dengan satu artikel, saya cuba lagi menghantar artikel kedua. Alhamdulillah, diterima sekali lagi. Artikel kedua berkisarkan pengalaman saya semasa kecil semasa tinggal di Kampung Bahagia bersama jiran tetangga yang mulia serta mementingkan hak terhadap jiran.
Benar kata orang, menulis ini menimbulkan ketagihan. Tidak lama selepas artikel kedua diterbitkan, saya hantar pula artikel ketiga. Masih lagi ke The Vocket. Idea untuk menulis artikel ini timbul selepas sahabat saya mengadu dia sedang patah hati dek putus cinta. Pada masa itu, saya langsung gagal untuk memberi kata-kata yang baik untuk memujuk dirinya. Oleh itu, artikel ini secara tidak langsung mewakili saya untuk menyampaikan nasihat buat dirinya serta mereka yang sedang mengalami situasi yang sama.
Akhir kalam, doakan saya sentiasa diberi ilham untuk menulis yang baik-baik!
Fiqah Nur


No comments