Rentetan kisah bersarapan di bukit ekspo pagi tadi.

Meja kami berhadapan dengan laman anggerik. Di sebelah kami pula, sekumpulan pelajar palapes sedang menjalani latihan. Melihat mereka, membuatkan kami terimbau kenangan-kenangan semasa degre dahulu.

Sedang enak bersembang, datang dua orang pelajar bertanyakan kedudukan kolam 6. Steady kami tunjukkan kepada mereka arah untuk ke kolam tersebut. Malulah kalau tak tahu. Dah lama benar di upm ni.

Ketika menuju ke bangku dalam gambar di bawah, datang seorang lagi bertanya pula di mana surau perempuan. Kami tunjukkan arah surau itu, yang berdekatan saja.

Kami fikir sudah berakhir di situ, seorang lagi menghampiri dan bertanya,

"Tahu tak kumpulan berapa koko di sini?"
(Hari Sabtu ialah hari kokurikulum di UPM)

Yang tu susah dijawab dik sebab kami bukan fasi. Kami pelajar biasa je.

Tanda seseorang itu sudah lama benar di UPM ini ialah, pejam mata pun dia tahu kedudukan sesuatu tempat tu (hiperbola sungguh).

Tanyalah dik. Selagi kami boleh tolong, kami tolong. Jangan ditanya,

"Kak, tempat makan mana yang best ya?"

Tu 'killer question'. Akak berdua ni pun makan dekat tempat yang sama je sejak 6 tahun lepas.

Fiqah Nur,
baru tahun keenam di UPM ni

No comments

Powered by Blogger.