Rutin si bujang pada hujung minggu

Hujung minggu begini, kebanyakan mereka yang berkeluarga meluangkan masa bersama dengan apa saja aktiviti.

Misalnya, membawa isteri, anak-anak dan mak ayah ke pasar tani seperti di Maeps ini. Selain membeli barang basah, dapatlah menjamu selera di gerai-gerai yang ada.

Pasar tani di Maeps ini memang menyediakan meja dan kerusi untuk mereka yang ingin terus makan di situ. Tidaklah perlu tunggu pulang ke rumah dulu baru menjamah makanan dibeli.

Dan orang bujang seperti saya dan Diana tidak terlepas berbuat perkara yang sama. Kami berhasrat untuk makan nasi kerabu di sana saja.

Malangnya, pusing kiri dan kanan, tiada satu pun meja yang kosong. Semuanya dipenuhi dengan ahli keluarga.

Bila kami aim meja keluarga yang hampir sudah, datang pula keluarga lain dari arah yang tidak diketahui mana, duduk di meja tersebut. Situasi yang sama berulang hingga akhirnya, kami putuskan untuk makan di bukit ekspo saja. Redup sikit makan di bawah teduhan pokok.

Takpalah, biar orang bujang beralah janji yang berkeluarga tu dapat makan bersama-sama. Bergurau mesra sama-sama. Jangan kau orang asyik menatap phone sambil makan dah lah. Sia-sia jelah kami korbankan meja kalau macam tu.
.

Fiqah Nur,
sarapan di bukit ekspo hari ni


No comments

Powered by Blogger.